1/17/2009
PROJEK KEUSAHAWANAN PPIK
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dibawah projek USP Fasa Kelima telah menaik tarafkan telecentre dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK). Objektif utama adalah merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat luar bandar. Tetapi juga memfokuskan kepada peningkatan ekonomi melalui penggunaan aplikasi elektronik ( internet). PPIK KG. PARIT PUTERI MENANGIS,82200 BENUT, PONTIAN,JOHOR telah beroperasi. Dikawasan Pontian terdapat 5 PPIK iaitu PPIK PT.ABD. RAHMAN, PPIK KG. PT. PUTERI MENANGIS, PPIK PT. MOHAYAT, PPIK PT. HJ SIRAJ dan PPIK RIMBA TERJUN. PPIK Kg. Parit Puteri Menangis terletak di Kawasan Masjid Jamek Al-Ihsan dan bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Kg. Pt. Puteri Menangis.
12/14/2008
MUSIM CUTI SEKOLAH
Musim cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu oleh pelajar-pelajar mahupun ibubapa. Bila dah cuti, mulalah banyak program dan aktiviti yang dirancangkan. mana yang nak pergi bercuti, balik kampung, berkhatan, kenduri kahwin dan banyak lagi lah... kalau di kampung saya ni, tengah musim budak berkhatan dan majlis walimatul urus. boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada saja yang buat majlis. Kekadang dalam satu minggu sampai 2 rumah yang ada majlis. Itu tak termasuk jemputan dari kampung lain. Aduh!!!!! macammane ni nak "adjust" pergi jemputan. Masyarakat di kampung saya ni jenis bergotong royong bila ada majlis kenduri kendara. tidak kira la majlis sederhana ataupun yang besar-besaran. Satu lagi adat yang saya rasa tak dapat dilupakan iaitu "salam kokot". Ini istilah saya la.. Maksudnya, bila pergi jemputan mesti ade beri sedikit cenderahati " duit ". Orang-orang kampung saya ni kalau salam "kokot" bukan sikit-sikit dia nak bagi. kira sedekah,sekurang-kurangnya bila hidup bermasyarakat kena pandai bergaul. tak kira lah di kampun ataupun bandar. sama saja....
10/30/2008
kenali kampungku !!

Salam muhibah untuk semua...dengan adanya laman ini sejarah dan perkembangan serta kemajuan Kampung Parit Puteri Menangis dapat dikongsi kepada semua. Sejarah nama kampung ini bermula kerana pada zaman dahulu dikatakan ada seorang puteri menangis kesana sini. Apabila dia sampai dsatu kawasan, dia berhenti menangis. Oleh itu, KG. PARIT PUTERI MENANGIS nama diberi. Kemudian nama sekolah pula SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENANG HATI. Keunikan nama inilah yang menjadi bualan dan tarikan pada kampung ini. Kampung kami juga pernah memenangi ANUGERAH DESA WAWASAN pada tahun 2004. Penduduk disini kebanyakannya melayu jawa. Sikap dan cara bergotong-royong masih diterapkan. Banyak aktiviti dijalankan dengan sepakat. RINGAN SAMA DIJINJING BERAT SAMA DIPIKUL. Semoga berjumpa lagi. Sekian......
Subscribe to:
Posts (Atom)